Tuesday, November 3, 2009

congrats to yana

Entry ni utk yana, kawan aku masa sama2 blaja dulu kat iuctt... Da pregnant da skrg dia... Alhamdulillah tak lama lagi gelaran pun da bertukar kpd mama papa lak.. hehe.. Semoga enjoy your pregnancy yer yana.... Anak sulung kena byk jaga... Mesti en D, bertambah sayang dan sayang kat ko... tahniah yer yana....

kehilangan utk selamanya...

Lama sungguh rasanya tak update blog ni.. Rasanya dari bulan 6 ker 7 hari tu.. Lepas aje pindah uma baru tak sempat2 lagi my hubby nak pasang streamyx semula.. Katanya pas raya tapi ni da lepas lepas raya tak pasang gak.. huhu...Raya Haji pun da tak lama lagi da ni.. Nasib baik ada broadband my hubby... Broadband pun broadband la janji dpt lepaskan gianku nak update blog ni.. Tapi yg lecehnya broadband ni punyerlah lembap.... aduhai.. Tapi semangat nak update blog ni ku gagahi juga menunggu satu persatu... Sambil nak tgu tu boleh jahit manik jap takpun minum coffee dulu.. heheheh...

Hari ni aku dikejutkan dgn berita pemergian arwah mak anjang aku... Mmg terkejut sgt2 la... Masa balik raya baru ni arwah mak uda aku yg meninggal disebabkan barah hati.. Dlm setahun lebih la sakit.. Masa balik raya di Johor baru ni aku dgn my hubby mmg da plan awal2 nak celebrate besday balqis awal sikit.. Dptlah berkumpul sedara mara.. Tu la kali terakhir aku dpt tgk mak uda aku.. Pastu esoknya aku dikejutkan dgn berita pemergiannya.. Mmg terkejut sgt...



Dan hari ni lagi berita pemergian arwah mak anjang aku disebabkan penyakit buah pinggang yg dialaminya... Sebelum masuk ke hosp seminggu lebih jugalah dia taknak mkn.. Bila mkn aje keluar semula.. Masa balik raya baru ni pun mmg da jauh berubah mak anjang aku.. Badannya kurus, cengkung.. Tak mcm dulu... Mungkin masanya da sampai.. Yang aku terkilan sgt tu arwah tak sempat nak tgk majlis perkahwinan adik aku dan majlis pertunangan pak cik aku... Walhal sblm tu dia da pesan pd pakcik aku yg dia nak ikut serta dlm rombongan pertunangan pak cik aku tu raya haji ni nanti... Tak tercapai juga niatnya... Sedih sgt.. Dan aku tak dpt balik sbb my hubby ada exam ptk di putrajaya sampai jumaat ni.. Mmg susah klu da duduk jauh ni.. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di golongan org2 yg beriman... Amin
Sama2lah kita sedekahkan al Fatihah ...........

Sunday, November 1, 2009

SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W

Photobucket

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~


Photobucket


The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts