Sunday, July 5, 2009

minggu yg meletihkan

Minggu ni memang letih yg amat sangat... Mana taknya nak kemas uma+packing brg lagi.. klu boleh nak clear la uma ni.. Insyallah dlm minggu ni kami akan berpindah ke rumah baru.. Bukan uma sendiri tapi uma sewa aje.. Belum ada rezeki kami lagi nak ada uma sendiri.. Kalau nak ada uma sendiri biarlah kat semenanjung.. Kat sini sewa aje la uma.. Bukan senang nak cari uma sewa area sandakan ni.. Tapi mmg da rezeki kami dpt jugak uma sewa yg boleh dikatakan amat selesa jugalah.. Kalau kat kl uma yg bakal kami pindah ni dipanggil flat tapi tgk kat sini dipanggil apartment... Bila masuk uma baru then tgk persekitaran mmg agak selesa jugalah.. Kedai pun dekat aje.. Pastu ada guard lagik.. Kami dpt uma tingkat 3... Huh, jenuh gak la nak panjat tangga tu sambil ngendong si Balqis ni... Gambar mmg tak dpt nak snap sbb kameraku sema da bawa masuk uma baru.. Tinggal kamera baba aje.. Nak guna tapi taktau cmne.. kang silap tekan hbslah aku... huhuhuhu .... Pada kawan2 yg mengenaliku ada masa bila time hubby korang gi kursus ker meh la dtg uma.. hehhehe.
Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi kilang manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..


Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..offer lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,


Jangan buat alasan itu dan ini pulak? Ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih?
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.


Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.


Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah Laa ilaaha illalLah ini.
Rasulullah sa. bersabda (mafhumnya): Wahai manusia! Ucaplah Laa ilaaha illalLah, kamu pasti berjaya!
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
Laa ilaaha illallah! x 10


nukilan ini saya selalu baca untuk melegakan hati dan perasaan yang kadang2 sedih tanpa sebab....

Friday, July 3, 2009

:: AWARD & TAG dari YANA::

Memang takde keje betul yana ni.. Aku tag dia mula2 pastu dia nak tag aku semula lak dgn soalan2 yg sama... Ikut ko la yana.. Janji ko bahagia.. Utk kawanku yg sorang ni, ko punyer tag aku jawab lah jugak yek....




AWARD DARI YANA

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

1) First time jumpa kat dlm class masa study dulu mcm sombong aje orgnya. (hehe.. jgn marah yer yana).. Tapi bila da lama kenal orgnya mmg peramah dan suka bercakap klu mood dia ok.
2) Hitam manis.... oooo hitam manis.. pandang tak jemu... pandang tak jemu.... (nyanyi sikit ...)
3) Klu time ada test ker atau quiz dia la student yg paling sopan aje... Diam aje dia..
4) Jumpa org je mesti tersengih dulu... Tak kedekut dgn senyuman..
5) Bila tgh buat assignment atau project mmg serius mukanya... Nak melawak lepaskan tension pun tak berani woooo..


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya
1) Suka sgt baca magazine PA&MA dgn MINGGUAN WANITA
2) Memang suka sgt pergi bercuti bersama2 family tersayang...
3) Kalau da ngadap laptop apatah lagi main tenet, huh... sampa
i tak igt dunia.. hihi...
4) Mmg suka sgt mkn sayur2an ni.. Klu mkn kat luar, amik nasi campur. Sayur je la yg penuh..
5) Tak suka dgn org yg hipokrit dan tak boleh simpan rahsia ni.. Memang takkan percaya da pastu...
6) Sebelum tido tu mmg suka berangan dulu.. hihi..
7) Kalau da menjahit manik tu selagi tak siap takkan berhenti punyer la... Bila da siap tempahan customer tu baru lega rasanya...
8) Tak suka tgk dapurku bersepah... Kena kemas selalu... hihi..
9) Slalu terfikir nak gi bercuti ke overseas pulak pasni... huhu... dpt gi s'pore pun jadiklah
10) Suka try resipi baru yg senang dan menyelerakan..


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :
Alamak nak bg saper yek... Herm, saper2 yg rasa nak jawab tag ni jawablah yek..Jgn lupa amik award kat atas tu.. TEKIU....




The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts