Tuesday, June 30, 2009

Enam peringkat hubungan intim suami isteri

Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.

Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena . Kadang-kadang boleh berkahir dengan perceraian.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Keenam dan yang terkahir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri. Biasanya pada periingkat keenam ini, warga emas.

6 comments:

  1. ooo...patotlah mmg ada dgr gak camni...
    tapi org cakap thn pertama,thn kedua lah&thn seterusnya...pas2 ada gak ckp thn ganjil camtu camni...thn genap camtu camni...kan..

    ReplyDelete
  2. tu la... kena sabar byk2 kuncinya.. kdg tu rumahtga kita ok je tapi ada org luar lak yg saje nak cucuk2 rumahtga kita tu yg kdg masing2 ni tak fhm.. apa pun bersihkan hati dan jiwa yg penting

    ReplyDelete
  3. perkahwinanku dah nak masuk tahun ke-5...emmm tahun yang masing2 menunjukkan true colors ekk..hehehe...

    ReplyDelete
  4. insyallah after 5 thn pkhwinan kita tu barulah lebih better dari yg sblmnya... masa tu kita da fhm perangai masing2...

    ReplyDelete
  5. setiap rumahtga ada ujian dari Allah.. Ujian tu bukan utk menyusahkan kita tapi utk mematangkan kita... dan utk kitam negenali dgb lebih mendalam pasangan kita tu..

    ReplyDelete



The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts