Saturday, April 10, 2010

Lahad Datu

Lamanya peram gambar ni... Diriku betul2 dilanda kesibukan menyiapkan tempahan manik n labuci.... Ni curi2 masa upload gmbr terbaru aktiviti kami sekeluarga...

Kami pergi lahad datu dgn darwish's family... Saje ikut en hubby yang nak gi amik gambar org kawen...









makan...makan...makan

Malam ni dinner dgn Afiq's family.. Riuh rendah budak2 ni bila berjumpa... Balqis lak mcm dia aje yang paling besar kat situ.... Sama2 aktif dan ligat... Ummi risau takut dorang lari2 ter'masuk dlm pool... huhu...

Tak puas main kat luar sambung lagi main kat rumah.. Da penat main tu minta ummi nasi pulak.... Aduhai... tgh2 mlm nak nasi pulak... Dinner pun kat luar.. Nasib baik ada mee goreng dlm peti ais, jadik ummi hangatkan aje dan adam pun mkn dgn laparnya... Da mkn terus tidoooo...... Senang betul budak ni... hehehehe... Ummi senang hati nak nak upload gmbr...

Gambar ni pun ummi cilok cik nurul punyer... hihi... Cik nurul, kita minta izin cilok gmbr yea.... hehehe



Thursday, March 25, 2010

My Part Time Job....


::Jom layan antara koleksi jahitan manik dan labuci dari fyda..::
::Semua jahitan fyda gunakan manik dari Japan yang sememangnya berkualiti, tahan lasak dan warna yg tidak pudar... Jom cuci mata dulu...::
::For more collection sila-silalah singgah my blog yer di
http://jejari-kreatif.blogspot.com/



Elegant


Panca Delima

Model Cilik

Bersarang sungguh2 la blogku ni... Sibuk mcm isteri PM lak.. hihi... Banyak gambar yg nak diupload cuma masa aje yg tak mengizinkan... Pasni kenalah rajin2 masuk blog ni pastu touch up la apa2 yg patut... hehehe..

Ni antara aksi balqis yg da mula pandai nak bertudung... Nampak aje umminya bertudung dia pun nak pakai jugak... Mcm tau aje ummi nak gi jalan ekkkk..... Manalah tau pasni balqis dpt jadi model utk tudung Ariani lak kan.. hihihi..


Step 1 : Sarungkan tudung ke kepala.


Step 2 : Pastu betul2 kan lah yg mana senget tu yer.. Pastikan air liur anda tak meleleh mcm model diatas tu yer..





Step 3 : Taraaaaa... dah siap pun.. Herm, comel tak saya? Kita posing dulu yer.. Air liur tu tetap meleleh..




Step 4 : Yang mana ada abang atau kakak yg masih sebaya tu dan kebetulan abg atau kakaknya tu memang suka bergambar. amiklah gmbr dgn yg tersayang yer.. Ni kes lebih kuah dari sudu ni.. model da hampir terkeluar dari frame ni nmpknya...



Step 5 : Model da mula tak reti dok diam... Pusing sana pusing sini.. Maklumlah baru first time jadi model.. Tak sampai setengah hari pun lagi... Baru beberapa minit...



Steap 6 : Finally, model da mula tunjuk perangai sebenarnya.. Rimas agaknya.. Takper balqis, boleh da ni jadik model tudung Ariani... hehehe...


Sekian...... cara2 pemakaian tudung yg betul dari saya

Saturday, February 6, 2010

citer balqis pulak

ni pulak kisah tentang si anak dara yg bernama balqis.. ummi hanya mampu berkata qis...qis...qis sambil menggelengkan kepala.. Macam2 la yg dia buat... Skrg ni dia suka sgt mengayakan koleksi kasut ummi yg tak seberapa nak jadik koleksi tu... ketak ketuk ketak ketuk bunyi kasut dalam uma ni...

mlm tadi ummi buat blueberry cheese tart dgn laksa sarawak.. adam suka sgt mkn filling tart tu sampai tak sempat2 nak tgu masak dulu tapi bila da masak tartnya tu taknaklah pulak mkn.. klu mkn pun usik blueberry jem tu je.. balqis yg suka sgt mkn...





herm, sedapnya balqis mkn blueberry cheese tart.. habis comot mulut tu...


hobi baru adam

da ada streamyx tapi tetap tak boleh nak main internet jap.. semua ni gara2 anakanda ku yg sulung iaitu adam yg suka potong line ummi.. baru je kita nak on komputer dia dulu da ngadap.. buat muka kesian dia tu..

tapi skrg adam ada laptop.. laptop my hubby yg lama..hubby pun da ada laptop baru kan skrg jadik laptop yg lama tu bg je la adam.. hihi.. ummi pun senang hati nak ngadap komputer jap.. takdelah berebut dgn adam je lagi.. buruk betul perangai kami kan.. mak dgn anak berebut komputer.. hahaha.... bila da dpt laptop tu sokmo ngadap je.. habis sema dia explore.. kita pun mata tak lepas dari tgk apa yg adam explore tu.. takut dia explore punyer explore dan terjumpa yg bukan2 je.. speaker komputerku hbs dia amik gak buh kat laptop dia memandangkan laptop lama my hubby tu soundnyer mcm da tak berapa nak dgr da.. bila da pasang speaker kat laptop adam tu dia gi lak letak speaker tu kat telinga dia.. tak dengar lagi ker adam? nak kuat cmner lagi??? tak dptlah umminya nak dgr lagu2 mp3 dlm komputer ni..


khusyuk betul dier...

tgk tu.. sampai berpeluh2 da

baba kata adam pengodam.. haaha

new update ... !

assalamualaikum sema...

alahai, lama sungguh la fyda rasa tak update blog ni.. da bersarang mcm2 jenis sarang da blog ni.. maklumlah baru aje dpt psg streamyx sejak pindah uma baru dlm bulan 7 thn lepas.. dan baru je 2 3 minggu lepas penantian ku berakhir sbb da psg streamyx.. hihi.. pasni dptlah fyda update blog dan update gmbr anakanda2 tersyg serta aktiviti kami sekeluarga.. maklumlah blog ni la tempat utk bercerita, berkongsi2 cerita dgn kawan2 lain dan tepek gmbr2 best.. hihi.. pd kawan2 jgnlah lupakan blog kami ni yer.. sudi2kanlah menjengah wlu kejap je.. hihi.. ok kat sini fyda da tepek beberapa gmbr terbaru kami... dan jika ada masa, sudi2kanlah dtg menjengah ke uma baru fyda di http://jejari-kreatif.blogspot.com/ blog ni baru nak pasang atap.. masih dlm proses lagi....


Gambar ni diambil masa kami sekeluarga jalan2 ke kundasang masa christmas day baru ni.. mcm2 cara posing adam & balqis... jadi layanzzzz..

si adik "balqis"

turn abg adam lak berposing...



abg adam & balqis...


happy family..




Tuesday, November 3, 2009

congrats to yana

Entry ni utk yana, kawan aku masa sama2 blaja dulu kat iuctt... Da pregnant da skrg dia... Alhamdulillah tak lama lagi gelaran pun da bertukar kpd mama papa lak.. hehe.. Semoga enjoy your pregnancy yer yana.... Anak sulung kena byk jaga... Mesti en D, bertambah sayang dan sayang kat ko... tahniah yer yana....

kehilangan utk selamanya...

Lama sungguh rasanya tak update blog ni.. Rasanya dari bulan 6 ker 7 hari tu.. Lepas aje pindah uma baru tak sempat2 lagi my hubby nak pasang streamyx semula.. Katanya pas raya tapi ni da lepas lepas raya tak pasang gak.. huhu...Raya Haji pun da tak lama lagi da ni.. Nasib baik ada broadband my hubby... Broadband pun broadband la janji dpt lepaskan gianku nak update blog ni.. Tapi yg lecehnya broadband ni punyerlah lembap.... aduhai.. Tapi semangat nak update blog ni ku gagahi juga menunggu satu persatu... Sambil nak tgu tu boleh jahit manik jap takpun minum coffee dulu.. heheheh...

Hari ni aku dikejutkan dgn berita pemergian arwah mak anjang aku... Mmg terkejut sgt2 la... Masa balik raya baru ni arwah mak uda aku yg meninggal disebabkan barah hati.. Dlm setahun lebih la sakit.. Masa balik raya di Johor baru ni aku dgn my hubby mmg da plan awal2 nak celebrate besday balqis awal sikit.. Dptlah berkumpul sedara mara.. Tu la kali terakhir aku dpt tgk mak uda aku.. Pastu esoknya aku dikejutkan dgn berita pemergiannya.. Mmg terkejut sgt...



Dan hari ni lagi berita pemergian arwah mak anjang aku disebabkan penyakit buah pinggang yg dialaminya... Sebelum masuk ke hosp seminggu lebih jugalah dia taknak mkn.. Bila mkn aje keluar semula.. Masa balik raya baru ni pun mmg da jauh berubah mak anjang aku.. Badannya kurus, cengkung.. Tak mcm dulu... Mungkin masanya da sampai.. Yang aku terkilan sgt tu arwah tak sempat nak tgk majlis perkahwinan adik aku dan majlis pertunangan pak cik aku... Walhal sblm tu dia da pesan pd pakcik aku yg dia nak ikut serta dlm rombongan pertunangan pak cik aku tu raya haji ni nanti... Tak tercapai juga niatnya... Sedih sgt.. Dan aku tak dpt balik sbb my hubby ada exam ptk di putrajaya sampai jumaat ni.. Mmg susah klu da duduk jauh ni.. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di golongan org2 yg beriman... Amin
Sama2lah kita sedekahkan al Fatihah ...........

Sunday, November 1, 2009

SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W

Photobucket

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~


Photobucket


The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts