Enam peringkat hubungan intim suami isteri
Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.
Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena . Kadang-kadang boleh berkahir dengan perceraian.
Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.
Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.
Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.
Keenam dan yang terkahir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri. Biasanya pada periingkat keenam ini, warga emas.



